Roger Moore
Roger Moore

Roger Moore

Sir Roger George Moore, KBE (/mɔər/; 14 Oktober 1927 - 23 Mei 2017)[1] ialah seorang pelakon British dan duta UNICEF. Beliau terkenal dengan memainkan watak fiksyen James Bond dalam tujuh filem dari 1973 hingga 1985. Beliau memainkan watak James Bond banyak kali berbanding pelakon lain. Beliau juga terkenal dengan memainkan watak Simon Templar dalam rancangan televisyen, The Saint. Beliau memulakan kerjayanya dengan menjadi model lelaki.